Sos Butterscotch sedap Gila!


Korang pernah rasa tak sos butterscotch ni? Pertama kali aku cuba semasa adik perempuan aku belikan pisang goreng cheese yang letak benda ni terus jatuh hati weh! Biasanya aku suka pisang cheese yang chocolate tu je, tapi sekali cuba yang letak sos ni mak aih memang kena. Silap aku tak ambil gambar, tapi buat mereka yang tinggal dekat area Uptown Danau Kota, korang boleh la pergi cari.

So entri kali ni aku nak share cara buat sos ni, gigih gila hahaha maklumlah aku nak tahu juga macam mana orang buat sos ni, sebab sifat aku suka ingin tahu. Untuk pengetahuan korang semua, sos ini digunakan seawal abad ke 19 lagi di Yorkshire, England. Butterscotch ni sama je macam Toffe (Gula yang di karamel dengan campuran butter). Rekod terawal penulis berkaitan Butterscotch ni dapat dijumpai dalam jurnal resepi tahun 1848 terbitan Liverpool Mercury.

Buat mereka yang belum pernah rasa sos butterscotch ni, aku bagi hint rasa dia macam gula-gula cadbury tapi tanpa coklat yang dekat dalam tu. Memang dahulu butterscotch ni banyak dijual sebagai candy.



Cara pembuatan Sos Butterscotch


Bahan:
150gm butter
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan whipping cream / heavy cream / thick cream
1/2 sudu kecil garam - optional

Cara:
  • Ambil butter dan masukkan ke dalam periuk kecil
  • Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
  • Kemudian masukkan gula perang
  • Masak hingga gula melarut
  • Selepas itu masukkan garam dan whipping cream / heavy cream / thick cream
  • Kacau hingga ia licin dan berkilat
  • Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya. Siap!
Sos ni boleh dimakan dengan roti, letak atas kek, biskut dan banyak lagi. Even pop corn!


Comments

Popular Posts