Sejarah Kertas Papyrus



Apa itu kertas papyrus? Kertas papyrus merupakan kertas pertama dan tertua didunia yang digunakan oleh peradaban manusia. Kertas ini diguna dengan meluas oleh bangsa Mesir purba untuk merekod sebarang urusan harian, urusan kerajaan, laporan, kitab agama dan rekod ilmu. Teknologi kertas ini diketahui seawal Dinasti Pertama Mesir lagi iaitu selepas Firaun Narmer berjaya menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan (3100 Sebelum Masehi). Apa yang menarik sekali, hanya bangsa Mesir sahaja yang pandai dan mahir menggunakan kertas ini, sedangkan bangsa-bangsa yang berjiran seperti Ur, Babylon dan Mesopotamia masih menggunakan tablet lumpur atau tanah liat sebagai bahan bertulis.

Tablet Tanah Liat
Penemuan terawal arkeologi berkaitan kertas papyrus ini ketika operasi cari gali yang dilakukan di Wadi al-Jarf yang merupakan pelabuhan mesir purba yang terletak di persisir pantai Laut Merah. Dokumen yang bertarikh sekitar 2560-2550 SM (Ketika era pemerintahan Firaun Khufu) menceritakan tahun-tahun terakhir berkaitan projek agung pembinaan Piramid Giza. Sebelum adanya teknologi kertas papyrus ini, bangsa Mesir menggunakan kulit haiwan sebagai bahan untuk menulis. Namun teknik ini ditinggalkan kerana kos dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan kulit haiwan, jika dibandingkan dengan kertas papyrus yang lebih mudah, cepat dan murah.

Untuk pengetahuan semua, kata Paper berasal dari Papyrus atau sebutan Latin Papyros. Orang mesir purba menyebut Paprus ini dengan sebutan wadj, tjufy dan juga djet.
Ciri fizikal daun pohon ini menyerupai rambut terjurai. Tangkainya tumbuh setinggi 3-5 meter, berbentuk segitiga secara bersilangan. Di sekeliling dasar tangkai tersebut tumbuh dedaunan berserabut pendek.

Pokok ini  sangat halus, tanpa bonggol-bonggol dan duri-duri yang menuju pada kelompok bunga besar dan berbentuk rumbai. Disebabkan pokok ini hanya tumbuh di daerah sungai Nil menyebabkan teknologi dan penggunaanya hanya diketahui oleh bangsa Mesir sahaja. Penanaman pokok ini menjadi sukar dan populasi papyrus menurun dengan dengan drastik kerana permintaanya melebihi pengeluaran. 
Menurut Dr. Kamaluddin al-Batanuni, guru besar ekologi, tumbuhan papirus tumbuh di daerah lembap dan basah. Daun-daunnya panjang, tinggi, dan seperti kulit. Panjangnya mencapai satu setengah meter dan daun-daun tumbuhan ini banyak digunakan untuk membuat tikar.


Di wilayah jazirah Arab, pada masa Nabi Muhammad SAW, tanaman ini selain dimanfaatkan untuk tikar, juga digunakan untuk menulis Al Qur'an serta bahan ubat-ubat tradisional. Sebagai bahan untuk menulis, papyrus diguna sedemikian rupa sehingga menyerupai kertas, lazimnya berukuran 10×20 cm hingga 10×30 cm atau bahkan lebih dari 10×50 cm. Namun, ada kepingan yang dicantumkan atau dijahit hingga menghasilkan lembar papirus yang panjangnya 12 sampai 30 meter.



Atas, pelbagai cara potongan batang papyrus, bawah cara susunan hirisan pokok untuk dijadikan kertas

Papyrus masih lagi digunakan oleh komuniti yang tinggal dikawasan berpaya, penggunaan kertas ini menyumbangkan kepada 75% sebagai sumber pendapatan komuniti setempat. Khususnya dikawasan timur dan tengah Afrika, masyarakat menuai tumbuhan ini untuk dijadikan bahan kraftangan dan dijual semula. Antara contoh hasil kraf yang boleh dihasilkan menggunakan tumbuhan Papyrus ini adalah seperti membuat atap rumah, tali, pagar rumah, tikar, perahu, bakul, perangkap ikan, lantai rumah dan juga kertas.


Comments

Popular Posts