Firaun Khufu
Patung Firaun Khufu |
Khufu atau nama penuhnya Khnum Khufu atau Cheops dalam sebutan Greek merupakan raja atau Firaun kedua bagi dinasti ke 4 Mesir. Khufu telah menggantikan ayahnya Snefru sebagai raja Mesir. Antara sebab utama yang menjadikan namanya disebut sehingga sekarang kerana dialah yang telah melancarkan projek pembinaan Pyramid Agung Giza yang merupakan salah satu Tujuh keajaiban Dunia.
Pandangan sisi Piramid Giza dan Patung Sphinx yang mengawal laluan |
Satu-satunya potrait lengkap berkaitan raja ini dijumpai di Abydos pada tahun 1903. Abydos atau Abdju (dalam sebutan Mesir lama) merupakan kota tertua Mesir purba dan merupakan pusat pentadbiran kerajaan bagi dinasti awal. Banyak rekod-rekod purba berkaitan Khufu telah hilang dan kebanyakan rekod yang diketahui sekarang seperti kisah baginda dan pembinaan piramid Giza kebanyakannya adalah rekod bertulis yang ditulis ketika era 300 SM oleh ahli sejarah Mesir dan Greek purba.
Nama Khufu ini sebenarnya berasal dari nama Dewa Khnum, yang merupakan Dewa Bumi bagi masyarakat Mesir Purba berbadan manusia berkepala Kambing Jantan. Nama penuh baginda Khnum-Khufu bermaksud ''Khnum yang melindungi ku''
Khufu merupakan anak kepada Firaun Sneferu dan permaisuri Hetepheres i, namun ada ahli sejarah masih lagi memperdebatkan samada Sneferu adalah benar-benar ayah kandung Khufu atau sekadar ayah tirinya. Sneferu juga terkenal kerana kemampuannya membiaya 3 projek piramid yang boleh dikatakan agak besar dizamannya. Antara piramid yang telah dibina Sneferu ialah piramid Meidum, Bent pyramid di Dashur dan juga Red Pyramid yang merupakan asas kepada piramid yang lebih simetri.
Ringkasan keluarga Khufu:
Bapa: Firaun Sneferu
Ibu: Hetepheres i
Isteri:
Legasi Peninggalan
Apa yang melucukan sekali majoriti rakyat mesir dizamannya menganggap Khufu sebagai firaun yang zalim, namun generasi selepasnya pula ramai yang menyembahnya sebagai dewa. Terdapat catatan dari bangsa Hyksos bertarikh sekitar 1630-1539 SM menggambarkan Khufu sebagai firaun yang tidak berperikemanusiaan. Antara kisah yang paling mahsyur dimana Khufu mengarahkan ahli sihir membuktikan dakwaannya yang dia boleh meyambung kembali kepala mayat tawanan perang untuk dihidupkan. Namun ahli sihir itu memberi alasan bahawa process itu hanya selamat dilakukan terhadap haiwan dan bukannya terhadap manusia.
Piramid Giza merupakan antara tinggalan agung yang masih lagi dapat dilihat sehingga ke hari ini. Berfungsi sebagai makam dan tempat tinggal bagi jasad firaun selepas kematian, makam ini juga turut dihias dengan pelbagai alatan untuk digunakan di alam kematian mengikut kepercayaan mesir purba. Tapi malangnya piramid yang sepatutnya menjadi tempat selamat yang melindugi jasad firaun ini telah pun dijarah oleh para perompak makam, menyebabkan banyak tingalan harta karun dan termasuk mumia Khufu sendiri telah hilang.
Nama Khufu ini sebenarnya berasal dari nama Dewa Khnum, yang merupakan Dewa Bumi bagi masyarakat Mesir Purba berbadan manusia berkepala Kambing Jantan. Nama penuh baginda Khnum-Khufu bermaksud ''Khnum yang melindungi ku''
Khnum, Dewa Bumi Mesir Purba |
Ringkasan keluarga Khufu:
Bapa: Firaun Sneferu
Ibu: Hetepheres i
Isteri:
- Meritites i
- Henutsen
Adik-beradik:
- Hetepheres (Isteri kepada Ankhhaf)
- Ankhhaf (Abang sulung)
- Nefermaat (Abang tiri)
- Rahotep
Anak:
- Kawab (Putera Mahkota dan Pewaris)
- Djedefra
- Khafre
- Djedefhor
- Baufra
- Babaef I atau Khnum-baef I.
- Khufukhaf I atau Kaefkhufu I.
- Minkhaf I.
- Horbaef
- Nefertiabet
- Hetepheres II isteri kepada Kawab, yang kemudiannya berkahwin dengan Firaun Djedefra.
- Meresankh II.
- Meritites II berkahwin dengan Akhethotep.
- Khamerernebty I isteri kepada Firaun Khafra dan ibu kepada Menkaura.
Legasi Peninggalan
Apa yang melucukan sekali majoriti rakyat mesir dizamannya menganggap Khufu sebagai firaun yang zalim, namun generasi selepasnya pula ramai yang menyembahnya sebagai dewa. Terdapat catatan dari bangsa Hyksos bertarikh sekitar 1630-1539 SM menggambarkan Khufu sebagai firaun yang tidak berperikemanusiaan. Antara kisah yang paling mahsyur dimana Khufu mengarahkan ahli sihir membuktikan dakwaannya yang dia boleh meyambung kembali kepala mayat tawanan perang untuk dihidupkan. Namun ahli sihir itu memberi alasan bahawa process itu hanya selamat dilakukan terhadap haiwan dan bukannya terhadap manusia.
Piramid Giza merupakan antara tinggalan agung yang masih lagi dapat dilihat sehingga ke hari ini. Berfungsi sebagai makam dan tempat tinggal bagi jasad firaun selepas kematian, makam ini juga turut dihias dengan pelbagai alatan untuk digunakan di alam kematian mengikut kepercayaan mesir purba. Tapi malangnya piramid yang sepatutnya menjadi tempat selamat yang melindugi jasad firaun ini telah pun dijarah oleh para perompak makam, menyebabkan banyak tingalan harta karun dan termasuk mumia Khufu sendiri telah hilang.
Comments
Post a Comment